Foto Honeymoon Che Ta dan Zain


Nara Pretty masih lagi segar dengan perkahwinan yang amat mewah antara dua pelakon terkenal tanah air, Che Ta dan juga Zain.

Selepas majlis resepsi perkahwinan antara Che Ta dan juga Zain, mereka telah memaklumkan akan berbulan madu di Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam. 

Di sini beberapa gambar "honeymoon" mereka yang diambil dari Instagram kedua-duanya











sumber: rotikaya

.


Rahsia Tetap Menawan Lisdawati yg Hamil 4 Bulan




Nisdawati Nazarudin,35 atau lebih popular dengan panggilan Lisdawati telah mengakui bahawa dirinya sedang hamil empat bulan di dalam akhbar sinar harian. Lisdawati sedang mengandung anak yang ketiga beliau bersama suaminya Fauzi Nawawi. 

Apa yang menarik perhatian umum adalah, walaupun sedang hamil 4 bulan, namun seolah-olah tiada halangan bagi Lisdawati untuk kekal menawan di samping tetap meneruskan kerjaya lakonannya.


Di sini beberapa rahsia Lisdawati berdasarkan temuramah pelakon menawan  itu bersama seorang wartawan dari sinar harian.
Permikiran yang baik dan positif dan sentiasa berfikiran jauh dengan memandang kehadapan adalah cantik dan sihat yang sebenar.
Bagi saya penjagaan berat badan amat penting. Saya mengawal pemakanan saya dengan rapi lebih-lebih lagi apabila berat badan bertambah. Pada saya penggunaan produk kelangsingan bukanlah langkah yang tepat kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan. 
Saya sarankan pada diri saya dan orang lain untuk berdiet secara semulajadi dan sebenarnya itula yang lebih baik. Jika kita menggunakan produk kurus, prosedur mereka adalah pengambilan secara berterusan, sekiranya kita menghentikan pengambilan ubat yang dibekalkan, berat badan akan kembali naik. 
Saya kurangkan kekerapan pengambilan ayam dan daging kepada seminggu sekali. Sebaliknya saya akan maksimumkan pengambilan sayuran, ikan dan juga makanan laut.

Selain itu saya banyak minum air masak dan makan buah-buahan. Paling penting jangan makan pada waktu malam atau lewat malam. Kerana itu akan membuatkan berat badan cepat bertambah.
Saya tidak lupa untuk bersenam. Antara alternatif lain yang saya lakukan adalah berjoging, bermain skipping dan memasang lagu rancak untuk menari sahaja di rumah. Untuk memastikan toksin-toksin dalam badan keluar saya akan tutup kipas dan penghaawa dingin dan memakai pakaian yang tebal. Dengan cara ini, saya dapat meningkatan metabolisma badan saya.
Di samping itu, saya juga ada mengambil suplemen iaitu Vitamin C dan Vitamin E seterusnya makanan campuran daripada buah-buahan.
Itulah sedikit sebanyak rahsia kekal menawan daripada Lisdawati yang sedang hamil 4 bulan. Nara Pretty mencadangkan ibu-ibu yang sedang mengandung dapat mengekori jejak Lisdawati yang kekal menawan dan aktif walaupun sedang hamil 4 bulan.

sumber: Sinar harian: Hamil 4 bulan, Lisdawati tetap menawan!
 
 







 

Lisdawati Hamil Lagi??



Menuri akhbar sinar harian hari ini, Lisdawati mengakui bahawa dirinya sedang hamil empat bulan dan menjadikan anak dalam kandungan merupakan anak yang ketiganya bersama suami, Fauzi Nawawi(pelakon).

Difahamkan, sepanjang tempoh kehamilannya, Lisdawati mengalami alahan dan naik turun emosi yang tidak menentu di samping sikap memilih terhadap makanan tidak seperti biasa.

"Alahan yang saya alami agak teruk di samping sikap terlalu memilih makanan. Saya hanya makan makanan yang masih panas. Satu lagi saya sedikit beremosi tetapi saya masih cuba mengawalnya kerana masih lagi bekerja dan sibuk dengan tugasan harian.
Dengan memakai pakaian yang longgar, untuk meneruskan kerjaya dalam lakonan bukanlah satu penghalang bagi Lisdawati walaupun sedang bunting empat bulan.



sumber: rotikaya




Niat Ingin Berubah Lana Terkubur Bersama Hubungan Cintanya??



Selepas Johan As'ari mengumumkan untuk memetuskan hubungan percintaannya dengan Lana Nordin beberapa hari yang lalu, berita tersebut telah mendapat perhatian umum.

Sebelum terputuskan hubungan cinta yang terjalin antara dua pelakon tersebut, Lana Nordin atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nordin, 34 pernah membuat satu kenyataan bahawa dia ingin berubah menjadi muslimah yang lebih baik di samping dia juga pernah mengatakan ingin mengerjakan umrah bersama Johan pada tahun hadapan. 

Walaubagaimanapu, Lana mengatakan bahawa niat untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik tidak berubah walaupun hubungan percintaan yang dibinanya dengan Johan As'ari terputus selepas sebulan.


"Sebelum mengenali Johan, saya sudah berniat untuk berubah dan telah menyatakan hasrat ini kepada Lisdawaty.
"Apabila Johan membuat pengumam yang mengejutkan ingin melamar saya, saya merasakan dialah orang yang akan membimbing saya. Walaupun hubungan kami sudah terputus, niat saya untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik tidak terputus bersama-sama dengan hubungan cinta saya dan dia.

Lana yang sebelum ini sering menjalinkan hubungan dengan lelaki Inggeris berkata dia akan berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan jejaka Melayu pada masa akan datang.
"Sememangnya tidak adil untuk saya mengatakan semua lelaki Melayu adalah sama hanya kerana Johan. Sebaliknya saya akan lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan lelaki Melayu selepas ini. 

sumber: mStar

Black Kecewa Lagu Gagal Popular??


Lagu tema filem Lemak Kampung Santan nyanyian Black telah gagal mendapat sambutan daripada para pendengar. Lagu yang dimaksudkan oleh Black ini berjudul Puisi Sang Dewi.

Kegagalan pihak produksi filem tersebut untuk mempromosikan lagu Puisi Sang Dewi nyanyian Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanifah, dikatakan menjadi punca lagu tersebut tidak mendapat perhatian.

"Saya menjangkakan lagu ini akan lebih meletup berbanding lagu Takkan Terpisah kerana saya dapat rasakan kekuatan lagu ini. Namun sebaliknya yang berlaku, ramai yang tidak tahu tentang lagu ini malah ia tidak diputarkan di mana-mana stesyen radio.
"Walaubagaimanapun, mungkin ini silap kami kerana menyerahkan sepenuhnya kepada pihak produksi filem untuk mempromosikan lagu tersebut. Sepatutnya kami juga membuat promosi untuk lagu ini.
Tambah Black lagi, menggunakan drama atau filem merupakan salah satu alternatif untuk mempromosikan lagu, namun bergantung kepada kekuatan drama atau filem itu sendiri untuk menentukan jatuh bangun sesebuah lagu.

Filem Lemak Kampung Santan yang dibarisi oleh Hans Isaac dan juga Neelofa sebagai peneraju utama telah menemui penonton pada 8 Ogos yang lalu.

Kepada peminat-peminat Black, artis yang lahir dari rancangan realiti TV3, Mentor ini akan mengeluarkan album kedua pada awal tahun hadapan.

sumber: mStar

FOTO: MAJLIS RESEPSI FIZO OMAR

Dengan menumbangkan 10 ekor lembu, begitu ramai dan meriah majlis resepsi Fizo Omar dan isterinya, Mawar yang berlangsung di Kelantan.






kredit: informasi.my