Kontroversi telah tercetus apabila Johan As'ari mendedahkan kisah cinta dia dan Lana Nordin dan perkara ini menjadi topik hangat di laman sosial dan juga di blog-blog tempatan. Kerana ramai yang menyangka Johan As'ari sedang bercinta dengan artis terkenal tanah air Shila Amzah namun sebaliknya Lana Nordin yang sedang berada di hati Johan As'ari.
Lana pula yang menerima tempias dek pengakuan tersebut memilih untuk positif dengan segala persepsi yang dilemparkan kepadanya terutama sekali berkaitan penerimaan keluarga aktor tersebut yang nyata digembar-gemburkan.
Walaubagaimanapun, Lana Nordin yang terkesan daripada pendedahan itu berikutan masalah penerimaan keluarga yang sengaja diwara-warakan. Namun dia tetap positif dan menyerah kepada Johan untuk seberang kenyataan tentang hubungan mereka.
“Berkaitan dengan hal ini, saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan. Masih terlalu awal untuk memperkatakan hal ini. Sebelum kami sibuk dengan hal masing-masing, memang Johan pernah berjumpa dengan keluarga itu pun kerana ada kesempatan tempoh hari."
“Saya harap tiada cerita negatif berhubung keluarga dalam hubungan saya dan Johan, saya akan cuba jadi diri saya sendiri. Itu sahaja,” katanya
Lana memang menginginkan jejaka yang mempunyai peribadi yang sederhana dan mementingkan agama. Sebagai mana yang kita sedia maklum, Johan As'ari adalah pelakon yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Tambahan lagi, Lana memang ada meminta Lisdawati untuk berdoa kepadanya ketika Lisdawati mengerjakan umrah supuya menemui jejeka yang berciri-ciri yang dikehendakinya itu.
“Saya ada menyuruh Lisdawati berdoa agar saya bertemu jodoh yang mementingkan agama ketika dia mengerjakan umrah tempoh hari."
“InsyaAllah, saya pula akan mengikuti Johan dan teman lain untuk ke tanah Suci pada Mac depan, jika tiada apa-apa halangan” ujar Lana.
SUMBER:MURAI
Post a Comment