Pelakon, Nabila Huda mendedahkan dia sudah pun memilki seorang kekasih yang baharu. Dimana dia sudah mengenali buah hatinya itu sejak beberapa bulan lalu.
Oleh kerana hubungan mereka masih terlalu baharu lagi, Nabila, atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara tersebut.
Nabila mengatakan bahawa dia cukup gembira dengan teman lelaki barunya itu dan menyatakan itulah lelaki yang dia idamkan selama ini. Namun, dia tidak mahu mengulas panjang tentang identiti lelaki tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Ariana Rose di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, di sini pada Selasa.
Walaupun bergitu teruja ingin menceritakan perasaan cintanya ketika ini, tetapi oleh kerana bimbang perkongsian kisah cintanya itu akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu, anak kepada penyanyi Amy Search itu terpaksa menahan hasrat untuk menceritakan kisah cintanya itu.
“Kalau nak ikutkan hati, saya cukup teruja mahu kongsi kisah cinta baru saya ini. Tetapi saya mahu buat azam baru, tidak mahu lagi menceritakan kisah peribadi terutamanya hal-hal cinta kepada umum.
“Saya belajar perkara ini daripada pengalaman. Apabila saya tidak hipokrit berkongsi hal peribadi, ada pula pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya. Itu yang saya tidak mahu ia berlaku,” ujarnya.
sumber: mStar


Post a Comment