Hubungan percintaan antara dua pelakon ini telah menjadi perhatian ramai setelah Johan As'ari mengatakan dia akan melamar Lana selepas tiga hari bertemu pada November lalu.
Walaubagaimanapun, Johan As'ari membuat pengumuman mengejut untuk memutuskan hubungannya dengan Lana selepas tamat pementasan Bahayanya Wanita di Istana Budaya.
"Pada awalnya, saya melihat kesungguhan ditunjukkan , apatah lagi Johan dengan beraninya mengumumkan dia akan melamar saya. Namun pada waktu itu saya tidak memberi sebarang kata putus sebaliknya memberinya peluang.
"Apabila hubungan tidak mendapat resstu ibunya, sepatutnya sebagaai lelaki Johan cuba mencari masa dan memperbaiki hubungan kami. Sebulan terlalu singkat untuk kami melakukan segalanya sedangkan untuk memenangi hati keluarga mengambil masa yang lebih panjang." katanya Lana Nordin atau nama sebanarya, Mazlina Hasan Nordin.
Kata Lana lagi, sebgai orang perempuan tidak manis untuk tidak membuka mulut, apatah lagi membicarakan soal lamaran seperti diwara-warakan sebelum ini dan memutuskan hubungan.
"Sepatutnya tempoh yang ada digunkan untuk mengenali hati budi masing-masing termasuk ahli keluarga. Tetapi , cara yang diambil untuk memutuskan hubungan kami sangat tidak matang kerana ia turut mengaibkan keluarga saya. Tidak mengapa;ah kalau itu dia kehendaki. Biarlah saya, dia dan Allah saja yang tahu siapa Johan As'ari." katanya lagi.
Menurut Lana dia sendiri runsing dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini hubungan mereka terjalin baik.
"Cuma kesungguh itu tidak ada. Saya tidak tahu mengapa melainkan ada agenda lain.
"Dia kata jujur dan ikhlas, tetapi tindakannya lebih jelas daripada kata-kata. Dia tidak sepatutnya membuat keputusan untuk melamar saya dengan terburu-buru, begitu juga dengan memutuskan hubungan ini."katanya
sumber: hmetro
1 comments:
Check out my blog at http://sembangbest.blogspot.com/
ReplyPost a Comment