"Saya memohon maaf kepada Lana, dan mereka yang tebabit di samping semua peminat." Itulah kata-kata pelakon kacak yang amat berbakat, Johan As'ari sebaik sahaja memutuskan hubungannya dengan dengan pelakon Lana Nordin kelmarin selepas tamat pementasan Bahayanya Wanita di Istana Budaya.
Johan menyatakan keputusan yang dibuatnya itu kerana mementingkan keluarga terutama ibunya berbanding kepentingan sendiri. "Jujur saya cakap, Lana seorang wanita yang baik, namun berkaitan dengan soal pernikahan ia berupa perkara yang serius dan besar. Bagi saya restu ibu itu sangat jika ingin berumah tangga, oleh kerana itu saya terpaksa ambil tindakan ini."katanya lagi.
Apabila ditanya tentang ibuna, Joha cuba mengelak untuk tidak menjawab soalan-soalan yang dilontarkan. Sebaliknya menyatakan apa yang berlaku adalah kerana kesilapannya.
"Ini kali pertama saya berhadapan dengan situasi seperti ini dan saya masih muda dalam melayari hubungan cinta dengan Lana. Segala yang terjadi berpunca daripada saya sendiri yang masih tidak matang dan tidak tahu macam mana untuk berhadapan dengan konflik seperti ini."katanya.
"Saya cuba bercakap dengan ahli keluarga, namun jawapannya tetap sama. Pastinya jika saya membawa Lana sekalipun, ia tetap sama". Walaubagaimanapun, kominakasi antara mereka tidak berlaku. Mereka masih berkawan tanpa hubungan cinta dan berserah kepada Allah tentang jodoh.
"Saya mahu jadi lelaki yang baik, begitu juga Lana. Kami berharap dapat memperbaiki diri selepas ini dan tidak mustahil dalam berkawan jika ada jodoh antara kami. Namun buat masa ini, saya merasakan keputusan yang dibuat amat tepat sekali."
Kisah percintaan mereka mendapat liputan meluas media dan mula menjadi perhatian setalah
pengumuman oleh Johan untuk melapar Lana pada November lalu.
sumber:hmetro

Post a Comment