Amaran Gelombang kedua banjir di Pahang.



Jabatan Meteorologi Pahang mengeluarkan amaran bahawa kemungkinan besar berlakunya gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Disember ini.

Taburan hujan lebat diramalkan berlaku bermula 30 Disember hingga 6 Januari tahun depan terutama di tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan, dan Rompin berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang, Azemi Daud.

"Dalam tempoh tersebut diramalkan kelajuan angin akan mencecah 50 hingga 60 kilometer sejam di samping air pasang terut berlaku pada jangka masa tersebut" katanya lagi dalam sesi taklimat persiapan banjir di mana Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berada dalam taklimat tersebut.

-hmetro

Post a Comment