Kucing Setia hingga akhir hayat



Shah Alam: Anggota polis telah menemui dua ekor kucing di sisi lelaki yang telah meninggal tujuh hari dekat sini. Dua ekor kucing jenis Bengal masing-masing diberi nama Tony dan Tiger itu tinggal bersama tuannya, seorang lelaki berusia 70-an di sebuah rumah di Kota Kemuning.

Lebih menyayat hati, anggota polis yang menjalakan pemeriksaan di rumah berkenaan mendapati dua ekor kucing ini  berada di sisi mayat tuannya di ruang tamu yang membengkak di percayai akibat diserang penyakit.

Oleh kerana sifat belas kasihan, anggota polis dari  Pondok Bukit Kemuning yang  ditugaskan tidak sampai hati  melihat Tony dan Tiger  yang kurus kelaparan. Mereka mengambil keputusan untuk membela kucing tersebut sebagai peneman setia mereka di tempat kerja. 

"Tony dan Tiger dianggap sebagai terapi kepada enam anggota pondok polis berkenaan yang mengangap dua ekor kucing comel itu sebahagian daripada keluarga pasukan berkenaan." kata ketua Pondok Polis Bukit Kemuning Koperal Ahmad Yusof.

Tambahnya lagi, semua anggota pondok polis di sini memberi menghulurkan insentif setiap bulan bagi membeli makanan dan ubatan bagi kedua-dua kucing berkaan.

sumber: harian metro

Post a Comment