CHEF WAN MASUK HOSPITAL??



Cemas!! Chef Wan digegaskan ke hospital pada pagi tadi ekoran tidak tidur selama tiga hari. Hal ini kerana, beliau mengalami kegatalan hidung dan bengkak di bahagian mata. Selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terpaksa dimasukan hospital bagi menjalani rawatan lanjut.

Di fahamkan beliau dirawat di Hospital Gleneagle Pulau Pinang sejak pagi lagi. Alhamdulillah doktor sudah membuang kuman yang terdapat di dalam hidungnya dan juga mata sebelum merebak ke bahagian otak yang boleh mengundang penyakit yang lebih serius.



“Saya ke hospital pagi tadi kerana tidak dapat tahan lagi kesakitan sehingga saya tak tidur selama tiga hari. Doktor kata ada bisul di bahagian hidung saya yang perlu dibuang secepat dengan segera.

“Saya perlu berada di hospital buat beberapa hari sebab daripada laporan X-ray, jangkitan itu telah berjangkit ke bahagian mata
, doktor takut kalau ianya merebak ke otak” katanya.

Berikutan  dengan itu, beliau menyatakan bernasib baik kerana jika beliau terlambat, kemungkinan besar beliau akan mengalami demam dan jangkitan akan merebak ke otak dan boleh membawa maut.

Nara Pretty mendoakan agar Chef Wan cepat sembuh dan akan sihat wal afiat seperti biasa dalam masa yang singkat.

Post a Comment