24 Disember 2013: Negara digemparkan dengan sebuah berita aneh, dimana ikan-ikan kecil dalam jumlah yang agak besar telah mendarat dipersisiran pantai di Lahad Datu, Sabah. Orang ramai yang berada dipersisiran pantai tersebut terkejut melihat begitu banyak anak-anak ikan yang menuju ke persisiran dan mendarat.
Ekoran kejadian aneh ini, pelbagai tafsiran telah dibuat oleh orang ramai. Antara yang menjadi perbualan hangat adalah kemungkinan bakal berlaku tsunami. Hal ini kerana, kejadian yang sama turut berlaku di Acheh pada tahun 2005 di mana banyak ikan mula mendarat dipersisiran pantai disamping beberapa ekor ikan yang pelik telah tertangkap oleh nelayan sebelum berlaku tsunami yang terbesar dalam sejarah asia tenggara.
Dalam nada berbeza, ada juga yang mengatakan kejadian tersebut semamang sudah menjadi kebiasaan di Sabah. Hal ini kerana, tiba suatu musim di mana ikan-ikan yang kecil akan menuju ke pantai bagi melarikan diri dari di makan oleh ikan yang lebih besar.
Nara Pretty pula tidak mahu mentafsirkan apa-apa tentang kejadian aneh ini. Apa yang pasti, bukanlah sesuatu yang sukar bagi Yang Maha Esa untuk menunjukkan sedikit kuasaannya seperti kejadian ini. Tidak kira sama ada akan berlaku sesuatu kejadian seperti tsunami atau gempa bumi atau apa sekali pun, sebagai manusia kita harus tahu bahawa, kematian itu pasti dan kiamat boleh berlaku bila-bila masa sahaja dengan izin-Nya.
Post a Comment