Walaupun sudah dua minggi berlalu, namun isu perkahwinan mewah Rozita Che Wan dan Zain Saidin timbul pula satu lagi kotroversi. Kali ini berkaitan dengan persalinan yang dipakai oleh Che Ta pada majlis berinai di persendakan oleh sesetengah pihak sebagai fesyen "tanduk rusa".
Walaubagaimanapun, tempias dari perkara tersebut, salah seorang daripada pereka fesyen, Rizman berkata, sanggul lintang tradisi masyarakat Melaka menjadi sumber inspirasi terhadap rekaan sanggul di kepala aktres tersebut malah ia diubahsuaikan bagi menepati konsep majlis beranai tersebut.
"Sebenarnya konsep sanggul itu merupakan perhiasan tradisional di kepala bagi masyarakat Melaka yang telah diwarisi sejak zaman berzaman lagi. Pada saya, mereka ini tidak tahu tentang perkara ini kerana bukan sekadar sanggul, ia juga turut di panggil sanggul bermahkota.
“Apabila mereka tidak tahu sejarah perhiasan itu, maka ia disamakan dengan tanduk rusa pula. Dan memandangkan timbulnya persoalan ini, saya sebagai pereka bagi busana berkenaan bertanggungjawab memperjelaskan rekaan sanggul tersebut agar ia tidak disalah ertikan,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Post a Comment