Tak Percaya Pembantu Rumah-Zahiril Adzim


“Setakat ini kami bergilir-gilir menjaga anak kerana belum percaya lagi untuk mengambil pembantu rumah bagi menjaga anak kami. Macam-macam cerita yang kita dengar yang membuatkan kami tak berani bagi orang lain jaga anak, namun kami belum buat keputusan bagaimana lagi kerana anak masih kecil,” katanya memetik kenyatan portal Gua.

Itulah kata pelakon kacak, Zahiril Adzim berhubung penjagaan anak sulungnya, Nadi Anaqi yang baru sahaja genap enam bulan umurnya.

Isterinya yang juga pelakon dan pengaca Shera Ayob yang menjaga anak sulungnya itu sekarang ini.

Hidup pasangan artis ini berubah sepenuhnya selepas kelahiran Nadi Anaqi terutama Zahiril. Semenjak bergelar bapa, beliau lebih banyak meluangkan masa bersama anak dan isteri.

Tambahan pada masa ini, sering terpapar di akhbar mahupun media lain tentang berita kanak-kanak didera oleh pengasuh tempatan dan juga asing.

Post a Comment